Categories: Trending

“Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Menerusi muat naik di instagram pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib memaklumkan bahawa, isterinya mungkin akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan sekitar pukul 2 petang ini.

Menurut laporan Kosmo, Shuib dalam keadaan teresak-esak mengharapkan ada keajaiban agar isterinya yang tersayang itu diberi kesembuhan daripada virus maut, Covid-19.

“Saya langsung taknak fikir benda yang tak baik, terima kasih banyak-banyak semua. Doakan supaya Sarah, kalau boleh dalam koma, dia boleh fight (terus berjuang).”

“Tadi pukul 11 pagi doktor telefon saya minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika.

“Katanya, kalau tahap oksigen okey barulah akan diteruskan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan dikomakan,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Indigital Music turut mengesahkan Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi sebentar lagi.

“Insya-Allah, dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” 

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Salma Syahbuddin