Categories: Trending

Jom Beraya Dengan Salman Khan! Saksikan Radhe di tonton CINEMA

Jangan bersedih sebab tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bosan duduk di rumah.

Superstar Bollywood, Salman Khan mahu mengajak semua peminatnya untuk beraya bersama di tonton CINEMA!

Istimewa pada lebaran kali ini, Salman Khan kembali beraksi di layar perak dengan filem terbaharunya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai.

Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat Bollywood ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.

Kali ini, Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi tetapi dia bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.

Diarahkan Raja Tari, ‘Prabhudeva’, peminat berpeluang melihat aksi Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani.

Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda turut memainkan peranan penting dalam filem ini.

Plot filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai, ditangani pegawai polis bernama Radhe lakonan Salman Khan.

Kehebatan Radhe dalam menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri membuatkan penjenayah berasa gerun sehingga sindiket dadah tersebut berjaya ditumpaskan.

Bagi peminat yang menantikan tayangan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai, ia akan ditayangkan menerusi platform tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my)
bermula 3 Jun 2021.

Layari web https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton di App Store & Play Store!

Padin