Categories: FeaturedTrending

i-Sinar : Cara Tukar Amaun Secara Online (Pindaan Pengeluaran)

Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my.

Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permohonan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar.

Berikut merupakan cara menukar jumlah pengeluaran i- Sinar akaun KWSP anda :

#1 Cara tukar amount i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my

Berikuti ialah cara untuk buat pindaan pengeluaran amaun i-Sinar:

  • Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Tekan butang Pindaan Pengeluaran
  • Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  • Masukkan Nombor Telefon Bimbit
  • Tick kotak Saya bukan robot
  • Tekan butang Teruskan
  • Nombor OTP akan dihantar melalui SMS
  • Isikan nombor OTP
  • Tekan butang Sahkan OTP
  • Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
  • Masukkan maklumat berikut:Nama Penuh
  • Nombor MyKad
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat Surat MenyuratUntuk bahagian
  • Amaun dimohon, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
  • Semak Amaun Pilihan Terdahulu
  • Semak Amaun Kelayakan Keseluruhan
  • Masukkan Amaun Pilihan Baharu
  • Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
  • Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
  • Tekan butang
  • TeruskanPermohonan pindaan pengeluaran iSinar anda kini sudah selesai

Berikut merupakan beberapa kesilapan lazim yang  sering dilakukan oleh orang ramai semasa mengemaskini i-Sinar

Antaranya ialah:

  • Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
  • Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
  • Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
  • Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
  • Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
  • Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
  • Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”