Categories: Trending

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Ada ura-ura mengatakan yang penyanyi Justin Bieber dan tunangnya, model Hailey Baldwin dah pun berkahwin senyap-senyap. Ooooh!

Hmm… tak tahulah betul ke tak, tapi semalam mereka berdua dilihat tengah jalan-jalan makan angin di London, seolah-olah tengah honeymoon.

Foto: Getty Images/Neil Mockford

Mula-mula para paparazzi nampak mereka naik London Eye Ferris Wheel, sebuah tarikan pelancong yang popular di bandar itu.

Selalunya orang-orang ramai yang nak naik kena kongsi satu gerabak. Tapi Justin dan Hailey dapat privacy apabila mereka diberikan gerabak mereka sendiri. Romantik sangat!

Foto: Getty Images/Neil Mockford

Foto: Backgrid

Kemudian pula pada hari yang sama, Justin, seorang ahli muzik yang bernilai $265 juta, membuat keputusan untuk membuat persembahan ala busking di depan kediaman Ratu Elizabeth II iaitu Buckingham Palace.

Foto: A WEIR / BACKGRID

Dia nampaknya telah tujukan kepada tunangnya yang tercinta. Tapi para pengunjung lain turut berkerumun dan enjoy persembahan secara langsung ini.

Dia ini memang dah berpengalaman dalam busking. Masa dia muda-muda pun dia dah pernah buat. Artislah katakan.

Kali ini dia menggunakan gitar yang permukaannya penuh dengan tulisan (conteng?) seperti “Purpose” (nama album ke-4 Justin) dan initial namanya, “JB”.

Foto: Getty Images/Ricky Vigil M

Dia telah mendendangkan lagunya yang bertajuk “Cold Water” serta lagu oleh Tracy Chapman, “Fast Car.”

Hailey pula nampak bangga dan supportive terhadap persembahan kekasihnya dan sempat merakam buat kenangan.

Foto: Getty Images/Ricky Vigil M

Jom tonton sedutan persembahannya.

Kisah cinta di antara Justin dan Hailey bermula pada 2015 apabila ada laporan yang mengatakan mereka mula dating on-and-off hingga 2016. 

Pasangan ini membuat keputusan untuk cuba wujudkan semula percintaan untuk kali kedua 6 bulan selepas Justin dan betul-betul putuskan hubungan dengan Selena Gomez.

Apa-apa pun, baru-baru ini Hailey telah menegaskan melalui akaun media sosialnya yang mereka berdua belum lagi melangsungkan acara perkahwinan.

Tapi mereka betul-betul in love. Awww…

Sumber: DailyMail, Elle

Ad Ops