Trending By: Padin October 14, 2021 @ 5:29pm

“Kalau Kurus Sihat Sangat Ke? Perut Besar, Macam-Macam Penyakit Ada!” – Tular Di Twitter, Video Penjelasan Pakar Bariatrik Ini Buka Mata Netizen

Video penerangan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher mengenai perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi meraih perhatian warganet.

Penjelasan Dr Mustafa yang terkenal sebagai pakar yang pernah membuat rawatan bariatrik terhadap selebriti tempatan seperti Aishah, Abby Abadi, Angah Raja Lawak dan Vicha Saywho dalam video terbabit menjadi bualan di laman Twitter.

Kongsi Dr Mustafa, banyak kes yang dialami oleh pesakitnya membuktikan saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz tubuh badan seseorang.

“Ada pesakit Pak Long dikategorikan sebagai saiz sederhana tapi punyai kantung perut lebih besar, selain berpenyakit.

“Ada juga senario pesakit melebihi 100 kilogram namun saiz perut mereka lebih kecil selain kurang komplikasi dalaman.

“Itu sebabnya kalau ada pesakit tanya kenapa kos pembedahan kategori individu berbadan kurus dan plus size sama.

“Jawapannya kerana pembedahan bukan ikut timbang kati tapi ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan dan rawatan selepas pembedahan,” katanya.

Dalam video terbabir, Dr. Mustafa membandingkan tiga saiz perut berdasarkan berat badan berbeza.

Apa yang mengejutkan, individu yang mempunyai berat paling ringan berbanding lain lain mempunyai saiz perut paling besar dan menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, hati berlemak dan obstructive sleep apnea.

Meraih lebih 3,200 ulang ciap serta 4,500 tanda suka, netizen di laman Twitter mula memberikan pelbagai respons mengenai perkara tersebut dan ia membuka mata netizen.

Ada juga yang mempertikaikan kandungan video Dr Mustafa yang membandingkan saiz tiga perut yang ke semuanya memiliki berat lebih daripada 100 kilogram.

Atas dasar itu, Dr Mustafa memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Featured Wed, 29 Sep 2021
Cahaya Mata Sat, 14 May 2022

“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Bak kata Tilla penangan anak ketiga… Apapun semoga Syatilla cempat sembuh!

Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Trending Thu, 8 Apr 2021
Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

Hiburan Thu, 9 Nov 2023