Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 23, 2023 @ 6:52pm

Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Pelakon Nad Zainal didakwa sudah bermasam muka dengan beberapa rakan artis yang dulu adalah kawan rapatnya.

Memetik laporan Harian Metro, dia mengambil pendekatan untuk memberi fokus kepada suami dan anak-anak daripada memberi perhatian kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’.

“Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja.

“Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.

“Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan,” katanya.

Sementara itu, dia bersyukur atas sokongan daripada peminat dan yang mendoakan kesihatannya.

“Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya.

“Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang,” ujarnya.

Pada November tahun lalu, Nad dikatakan koma dan dirawat di pusat perubatan akibat jangkitan pada paru-paru.

Susulan keadaannya, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Semakin Saya Biarkan, Semakin Melampau & Biadap!” – Ibu Zahirah Macwilson

Maslinda Yusoff berkata, hubungannya dengan anak-anak sudah tidak rapat sejak Ogos 2024 lagi meskipun dia dan suami sudah berusaha untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan tersebut.

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Trending Tue, 15 Oct 2019

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya. Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu […]

Featured Sun, 19 Jun 2022
Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Sat, 22 Sep 2018

Peluang Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza, Wish List Hael Husaini Dimakbul Tuhan!

#AntaPermana trending ‘worldwide’ di laman Twitter sejak tengah malam tadi.

error: Content is protected !!