Categories: Trending

“Kami Dah Pilih Bulan, Tapi.. ” – Ernie Zakri & Syamel Bakal Umum Tarikh Kahwin Selepas AJL35

Setelah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, pasangan duet pujaan ramai, Ernie Zakri dan Syamel  bakal melangsungkan perkahwinan mereka selepas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).


Ernie ketika ditemui di sidang media AJL35 mengakui mereka berdua telah memilih tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. 

“Insya-Allah selepas AJL35, kami akan mengumumkan tarikh rasmi, kami masih dalam proses untuk memilih tempat, banyak prosedur perlu diikut seperti prosedur operasi standard dan sebagainya,” kata Ernie.

Selain itu, Ernie turut berterima kasih kepada Syamel kerana sentiasa menyokong karier seninya. 

“Selama ni, Syamel banyak sokong saya dari segi konsep dan idea nyanyian, jadi ini kali pertama saya melakukan sesuatu yang lain dari lain”, ujarnya.

Tak sabar nak tunggu penyatuan dua pasangan manis ni. Apapun, kami di Xtra sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. 

Jangan lupa saksikan persembahan Ernie menyanyikan lagu Gundah di pentas akhir AJL35 pada 7 Februari ini hanya di TV3.

Kredit foto: Twitter Ernie Zakri

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”