Categories: Trending

“Kasihani Dan Bantulah Mereka”- Video Haiwan Di Zoo Negara Seakan ‘Menangis’ Buat Netizen Sebak

Ketika manusia masih lagi mampu menjamu makanan setiap hari, apakah kita lupa dan alpa bahawa makhluk ciptaan Allah yang lain sengsara demi menikmati sesuap makanan?

Mungkin dalam menghadapi ujian penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan , kita tidak sedar bahawa makhluk Allah yang lain juga turut menghadapi keperitan dan kesukaran yang sama. Itulah yang terjadi di Zoo Negara pada ketika ini.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh seorang pemilik Facebook bernama Nisa Lokman yang tinggal berdekatan dengan Zoo Negara, dapat didengari dengan jelas suara haiwan di Zoo Negara  bersahutan memanggil dan mengeluarkan bunyi seakan akan melolong.

Menurut wanita tersebut, jarang berlaku situasi di mana haiwan-haiwan di Zoo Negara bersahutan dan mengeluarkan bunyi sehingga dapat didengar daripada jarak yang agak jauh. Kemungkinan haiwan yang berada di Zoo Negara sedang kelaparan atau kehausan.

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu nyata memberikan kesan buat semua dan tidak ketinggalan Zoo Negara sendiri.

Kasihanilah mereka dan bantulah mereka walaupun hanya RM1..

Sejak PKP dilaksanakan, Zoo Negara menerusi laman sosialnya giat mempromosikan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia.

‘Dalam rezeki kita sesungguhnya ada rezeki orang lain’. Bantulah mereka walaupun hanya sebesar zarah. Tiada apa yang lebih berharga selain berbuat baik terhadap haiwan dan menyelamatkan makhluk ciptaan-Nya.

Sumber: Facebook Nisa Lokman

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”