Categories: Trending

“Kami Semua Duduk Bilik, Lambai Dari Jauh Sahaja” – Kongsi Permaisuri Agong Selepas 16 Kakitangan Istana Positif COVID-19

Seramai 16 orang pegawai istana sah positif COVID-19 dan kini dilaporkan sedang menerima rawatan dan dikuarantikan. Angka tersebut nampaknya semakin meningkat selepas pihak Istana Negara memaklumkan seramai  7 kakitangannya positif wabak ini dan sedang menjalani rawatan pada 26 Mac yang lepas. Walau bagaimanapun, Tunku Azizah dan keluarganya telah pun membuat ujian saringan dan disahkan negatif dan semua anggota keluarga baginda sedang menjalani kuarantin diri sehingga 9 April ini. Perkara tersebut dikongsikan oleh Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui laman media sosial Instagram rasmi miliknya iaitu @airtangan_tunkuazizah.  

Keluarga Duduk Dalam Bilik Sendiri, Urus Sendiri Semua

Kongsi baginda, sepanjang tempoh kuarantin itu, Tunku Azizah dan keluarga serta kakitangan Istana Negara bertadarus sesama sendiri dan duduk berasingan dalam bilik masing-masng.

“Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing2. Lambai dari jauh sahaja. Kami tidak benarkan pelawat dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positif,” tulis baginda di akaun Instagram miliknya.  

Baginda turut meminta agar rakyat Malaysia sentiasa bersatu teguh dan bekerjasama untuk menangani wabak ini. Diharapkan semua rakyat Malaysia sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan. Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay? Kredit: Instagram Tunku Azizah   Baca Juga: [VIRAL] Individu Misteri Sumbang Mesin Pengesan Virus Berharga Ratusan Ribu Di Hospital Sibu! Baca Juga: Ayuh Rakyat Malaysia! Sahut Seruan Agong Untuk Laksana Solat Hajat Perangi Wabak COVID-19  

Syafiqa Irdina