Categories: Trending

Kedai Serbaneka Beroperasi Lebih Dari 12 Tengah Malam Akan Dikenakan Tindakan

Tindakan akan dikenakan buat premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam yang beroperasi melebihi jam 12 tengah malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terdapat kedai serbaneka 24 jam beroperasi sehingga 24 jam dan kerajaan tidak mengetahui keadaan itu sama ada mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sebaliknya.

“Mesyuarat Khas hari ini menetapkan waktu operasi bagi premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam hanya dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

“Bagaimanapun, klinik swasta dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media khas Covid-19, hari ini.

Tonton berita lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”