Categories: Trending

Larangan Rentas Daerah Di Kedah

Cadangan ini diusulkan oleh kerajaan negeri agar kerajaan persekutuan dapat melaksanakan larangan merentas daerah di Kedah susulan penularan Kluster Tawar.

Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, pihaknya berharap cadangan itu dipertimbangkan berikutan hanya kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan itu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada pihak kerajaan persekutuan.

“Kita hantar cadangan sama untuk dipertimbangkan sekali lagi hari ini dan saya dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan memanggil KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) mesyuarat dengan segera,” katanya

Ada peraturan yang perlu dipatuhi

Bagaimanapun, cadangan larangan merentas daerah itu mempunyai beberapa peraturan harus dipatuhi penduduk setempat.

“Yang dalam kawasan (daerah) itu boleh keluar, boleh berniaga cuma dia tak boleh rentas ke kawasan lain. Sebabnya kita nampak Kluster Tawar ini sudah merebak ke banyak tempat.

“Tapi apa pun kita kena tunggu kelulusan kerajaan Persekutuan, kerajaaan negeri tiada kuasa dalam bidang ini,” katanya

Sehingga hari ini, seramai 4,051 individu disaring di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkaitan Kluster Tawar.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin