Trending By: SGMS Enal February 3, 2018 @ 5:09am

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Kes kematian seorang pelajar yang didakwa cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya memasuki ke fasa seterusnya, apabila pihak keluarga pelajar tersebut dikatakan mahu menuntut keadilan yang sewajarnya terhadap kematian anak gadisnya itu, lapor Harian Metro.

Mendiang M.Vasanthapiriya, dipercayai cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dan mangsa baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi, 1 Februari selepas 7 hari mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

A.Lalitha, 43, ibu saudara kepada mangsa mendakwa telefon bimbit seorang guru yang didakwa dicuri itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan.

Surat terakhir dipercayai ditulis oleh mangsa sebelum cubaan menggantung diri.

“Telefon bimbit yang hilang kononnya diambil mangsa itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan sebelum mereka menuduh anak saudara saya mengambilnya,” katanya.

“Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa,” tambahnya lagi

Menurut Lalitha, mangsa adalah seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Presiden Malaysia Tamilar Kural, David Marshel berkata mangsa mendapatkan rawatan selepas cuba membunuh diri pada 24 Januari lalu.

Kejadian itu sangat mengejutkan dan berita sedih kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya pulih.

“Keluarga pelajar 14 tahun berkenaan begitu sedih dan tertekan dengan kejadian itu,” kata David

Menurutnya, ini bukan kejadian bunuh diri namun satu kes bunuh dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa sebelum mengambil tindakan membunuh diri. 

“Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan negeri.

“Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?,” katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.

Vasanthapiriya pelajar sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.

Walaupun mangsa beberapa kali menolak tuduhan itu salah seorang daripada guru itu didakwa memukulnya.

Guru yang kehilangan telefon bimbit itu bersama suaminya yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Nibong Tebal mengugut membuat laporan polis ke atas mangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

Trending Sun, 13 Oct 2019

Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah

Netizen Berang Dengan Pelaku Zalim Buang Anak

Featured Wed, 28 Sep 2022

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Kita semua tuntut ‘di sana’, biar mereka bergembira di dunia – Rita Rudaini

Featured Tue, 14 Sep 2021

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Proses dipermudahkan agar semua golongan dapat dibantu

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Thu, 7 Jul 2022

“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

Meerqeen bagi ‘amaran’ pada Dai Syed jangan ganggu Anna Jobling.