Categories: Trending

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Penulis, penyanyi dan selebriti media sosial, Fynn Jamal, rajin menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh pengikutnya menerusi ruangan Ask Me Question di ruangan Instagram Story miliknya.

Baru-baru ini, Fynn menjawab soalan yang diajukan mengenai keperluan mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia.

Menurutnya, mengenang kebaikan seseorang yang telah pergi adalah tidak salah tetapi tidak perlu melampaui batas.

“Mengenang biarlah dengan syarie iaitu dengan tidak mengulang dosa silam…”

Fynn juga menegur tindakan segelintir orang ramai terutamanya pengikut yang gemar meromantiskan sesebuah kematian sehinggakan ada diantara mereka dilihat terlalu obses.

 

“Memuji dan mengenang kebaikan arwah tidak salah tetapi jangan melampaui batas. Mengenang biarlah dengan syarie iaitu dengan tidak mengulang dosa silam, mencacatkan pemergian orang baik ini dengan mengenang sesuatu yang tidak betul,”tulisnya.

“Jangan diulang dosa-dosa silam atau rosakkan…”

Dalam pada itu, Fynn menegur jika benar kita kasih dan sayangkan orang baik yang sudah pergi, mengapa perlu diulang dosa-dosa silamnya atau rosakkan keindahan yang Allah sudah berikan.

“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi itu, kita tak akan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah berikan pada dia bukan?”katanya.

Salma Syahbuddin