“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti” – Fedtri Yahya

Personaliti TV3 dan pengacara terkenal, Fetdri Yahya tampil menyatakan pandangannya berikutan isu melibatkan seorang selebriti media sosial yang didakwa tidak mempunyai empati dan sensitiviti kerana menggunakan kematian untuk dijadikan content Youtube.

Menerusi laman Instagram, Fedtri mengatakan sebagai umat Islam kita perlu mempunyai rasa hormat dan menjaga adab ketika menziarahi tanah perkuburan.

“Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti.” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi enam adab yang perlu dititikberatkan ketika melawat kawasan perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Perkongsian Fedtri mencuri tumpuan ramai warganet dan rata-ratanya meluahkan pandangan yang sama seperti Fedtri. Malah, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menyebarkan ilmu dan peringatan kepada ramai orang.

Perkongsian itu turut mengingatkan orang ramai untuk berkelakuan dan berakhlak mulia selari dengan tuntutan Islam dan bukan hanya mengejar duniawi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”