Sponsored By: Nabihah August 15, 2023 @ 11:03am

Kenapa HONOR 90 Patut Jadi Pilihan Para Content Creator? Ini Sebabnya.

Bila bercerita tentang TikTok, semua mesti tahulah. Sekarang TikTok dah berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia.

Oleh itu, ramai mula mencari telefon pintar dengan kualiti kamera hadapan dan belakang yang hebat. Tapi kebanyakan model dengan kualiti kamera yang bagus mesti harganya tinggi.

Wujudkah telefon pintar dengan kamera terbaik tapi harga berbaloi untuk dimiliki? Serius ada!

HONOR 90 diminati ramai content creator

Inilah peluang untuk korang dapatkan telefon pintar berspesifikasi tinggi. Kini model terbaharu, HONOR 90 menjadi pilihan content creator. Bukan setakat kualiti kamera hebat, malah harganya mampu milik.

Jom kita tengok apa yang istimewanya tentang HONOR 90 sampaikan menjadi kesukaan ramai content creator.

Dilengkapi kamera 200-megapixel Super Sensing

Semua orang mesti nak ambil gambar dengan hasil terbaik. HONOR 90 yang hadir dengan sensor kamera sehingga 200-megapixel akan buat korang terasa puas sewaktu mengambil gambar.

Dinamakan sebagai 200-megapixel Super Sensing Camera, kualiti gambar tetap terbaik walaupun dalam keadaan cahaya malap. Pencahayaan yang ideal jadikan gambar nampak hidup.

Ini antara gambar menarik yang diambil menggunakan HONOR 90.

Mempunyai 50-megapixel Super Clear Front Camera

Kualiti kamera hadapan HONOR 90 tak kalah dengan kamera belakang. Ia hadir dengan sensor besar pada bahagian hadapan dengan penawaran sensor 50-megapixel.

Korang boleh buat rakaman dengan resolusi 4K tak kira tempat dan masa. Selepas ini tiadalah isu video kabur sebelum memuat naik di media sosial.

Yang seronoknya, lebih ramai dapat selfie bersama dalam sebuah gambar dengan penawaran lensa ultra lebar pada kamera hadapannya.

Sokongan rakaman video secara serentak

Pernahkah korang mengalami situasi dilema sama ada nak rakam momen berharga dengan kamera hadapan atau belakang?

Jangan risau. HONOR 90 sedia menyokong ciri rakaman serentak. Ia juga menawarkan enam mod rakaman untuk korang gunakan sewaktu merakam.

Hadir dengan RAM 12GB dan ruang storan sehingga 512GB

Istimewa buat para content creator, korang tak perlu risau kalau telefon pintar korang mudah lag atau ruang storan penuh.

HONOR 90 hadir dengan varian 12GB RAM dan 512GB ruang storan. Korang boleh simpan gambar dan video yang banyak tau!

Dilengkapi processor Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, ia membantu model ini bebas daripada masalah lag, lebih-lebih lagi sewaktu membuat suntingan video.

Dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh

Model yang mempunyai kapasiti bateri besar seringkali hadir dengan saiz besar. Tapi HONOR 90 bukan macam tu!

Hadir dengan ketebalan 7.8mm serta seberat 183g, model ini selesa dipegang. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh.

Bukan tu je, penawaran 66W HONOR SuperCharge membolehkan pengecasan daripada 0-45% dalam tempoh sepantas 15 minit. Serius membantu korang yang kerjanya kerap guna telefon pintar.

Membantu mengelakkan mata mudah letih

Kalau korang kerap guna telefon pintar dalam tempoh yang lama, mesti perasan mata korang akan jadi letih serta kering bukan?

Menariknya tentang HONOR 90, situasi ini mungkin tak berlaku lagi dengan hadirnya teknologi 3840Hz ultra-high frequency PWM dimming.

Teknologi yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar ini membuatkan HONOR 90 tampil berbeza sekaligus membuktikan ia mementingkan kesihatan mata pengguna.

Harga mampu milik dengan spesifikasi hebat

Korang boleh dapatkan model terbaharu HONOR 90 dengan harga serendah RM1,799 bagi spesifikasi 12GB RAM dan 256GB ruang storan manakala model 12GB RAM dan 512GB ruang storan pula ditawarkan pada harga RM2,099.

Lebih istimewa, HONOR turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM647 buat para pembeli seperti HONOR Earbuds X5, sokongan waranti tambahan 1+1 dan juga perlindungan bagi skrin selama 180 hari.

Model spesifikasi lebih rendah iaitu HONOR 90 Lite ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik iaitu serendah RM1,099. Sangat berbaloi dan ideal dengan kamera 100-Megapixel Ultra Clear Camera.

Jom undi creator TikTok Malaysia kesukaan korang di laman rasmi HONOR

Bersempena dengan TikTok Awards yang julung kalinya diadakan di Malaysia tak lama lagi, HONOR secara rasminya dipilih sebagai rakan kerjasama dalam memilih Creator of The Year.

TikTok Awards adalah acara anugerah terbesar yang mengiktiraf pencipta kandungan tanah air dan berlangsung pada Ogos.

Jom kunjungi kedai fizikal HONOR dan scan kod QR. Korang berpeluang membuat lebihan 5 undi untuk creator TikTok Malaysia kesukaan korang tau!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jul 2020
Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 10 Apr 2020
Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰