Categories: Trending

Kenapa Lepasni Semua Murid Dapat A+ Matematik? Meh, Kenali Cikgu Yang Handsome Dan Bijak Ini

Kepada pengguna media sosial terutamanya instagram, pasti ramai yang sudah mengenali cikgu matematik ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang ala-ala jejaka Korea kerana rambutnya yang panjang sehingga ke paras bahu itu, Sir Uzairi turut mencuri perhatian ramai wanita dan golongan muda terutamanya apabila beliau mengajar subjek matematik dengan cara yang agak lain daripada yang lain.

Sikapnya yang suka tersenyum dan gayanya yang bersahaja ketika mengajar subjek tersebut sekaligus mengubah persepsi masyarakat terhadap Matematik yang dianggap begitu membosankan. Maka tidak hairanlah, sekiranya murid-murid yang mengikuti kelas beliau sentiasa fokus sepanjang pembelajaran.

Pelbagai teknik menarik digunakan untuk mengajar murid-muridnya agar mencintai subjek tersebut tanpa perlu menguap dan sanggup skip kelas terutamanya bila melibatkan nombor dan formula.
Selain dikenali kerana bakatnya itu, Sir Uzairi juga merupakan antara pakar motivasi yang sering diundang dikebanyakan sekolah. Dan, beliau juga turut menghasilkan pelbagai siri modul latihan bagi memudahkan anak muridnya mendalami subjek matematik dengan berkesan.
Dan, rata-rata followers beliau memuji skill pembelajaran yang diberikan oleh pemilik nama Uzairi Taib ini.
Good Job Sir Uzairi!
Salma Syahbuddin