Categories: Trending

Kenderaan Komersial TIDAK Perlu Mohon Surat Kebenaran – MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, mana-mana pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini kerana, kenderaan ini tidak akan dikenakan sekatan ketika beroperasi.

Selain itu, MOT hanya memaklumkan pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan apabila diminta petugas penguat kuasa dan lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.

Manakala, bagi syarikat logistik seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, MOT memberitahu kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.

Dan, bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan, surat kebenaran boleh dimohon menerusi https://application.mot.gov.my/.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin