Categories: FeaturedTrending

Kerajaan Bakal Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Baru, Bantuan Buat Sektor…

Pakej rangsangan ekonomi baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan baharu itu kali ini akan memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan paling terjejas seperti sektor pelancongan.

“Kerajaan sudah mempunyai data dan sedang melihat siapa yang betul-betul terkesan membabitkan individu serta syarikat.

“Kita juga sedang membuat perbincangan pada peringkat Kementerian Kewangan dengan kementerian lain mengenai bagaimana kita boleh menolong terutama sektor yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Pengumuman mengenainya (pakej bantuan) dijangka dibuat dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media khas Setahun Malaysia Prihatin di Kementerian Kewangan di sini, baru-baru ini.

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”