Categories: FeaturedTrending

Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Hari Ini, Cara Buat Permohonan Baru

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula hari ini.

Menerusi Facebook rasmi KWSP, kemas kini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.

“Jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.

“Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

“Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan,” kata kenyataan itu.

Untuk membuat permohonan baru, baca artikel selanjutnya:

I- Sinar : Permohonan Baru Mulai 8 Mac Ini, Cara Permohonan & Jumlah Pembayaran Baru..

Sumber: KWSP

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”