Categories: Trending

“Terpukau Dengar Dia Nyanyi Lagu Gila Siap Dengan….” Medley Lagu #AJL35, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Bukan sahaja cantik malah, suara pelakon, penyanyi, pengacara dan model, Hannah Delisha ternyata mampu memukau para pendengarnya.

 

Membawakan lagu medley Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) dalam video berdurasi 6 minit bersama-sama Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman ternyata suara Hannah berjaya mencuri perhatian netizen menerusi lagu 7 Nasihat, Gila dan Hati.

 

 

 

 

Seperti tahun sebelumnya, projek bagi menghasilkan medley lagu-lagu yang layak ke final AJL35 ini seringkali mendapat sambutan dalam kalangan peminatnya. Sehinggakan ada diantara mereka yang memuji dan membandingkan penyanyi asal dan penyanyi medley membawakan lagu tersebut.

 

Dan, ketika Xtra meneliti di ruangan komen rata-rata peminat memuji dan tidak kurang juga juga yang terkejut mendengar suara Hannah dan Raysha sehingga ada yang menganggap lagu yang dibawakan itu ‘hidup’.

 

 

Apapun, jangan ketinggalan untuk menyaksikan AJL35 yang akan bersiaran secara langsung pada 14 Mac ini, jam 9 malam hanya di TV3!

 

Salma Syahbuddin