Categories: Trending

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-35, Raja Permaisuri Agong Kongsi Momen Manis Bersama Yang Di-Pertuan Agong

Tanggal 6 Mac 1986 merupakan tarikh yang memahat sejarah penyatuan dua hati dari dua negeri menerusi perkahwinan antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

Tunku dilihat berkongsi momen tersebut bersama 1.2 juta pengikut menerusi akaun instagram dengan memuat naik gambar baginda berdua pada Sabtu.

 

 

 

Malah, Tunku juga sempat dilihat mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran bagi menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-35 ini bersama-sama keluarga.

“Alhamdulillah, majlis doa selamat dan shukur bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kami yg ke-35M/36H”

 

Alhamdulillah, romantic couple!

Selain itu, Tunku Azizah juga malah sempat memuat naik video berdurasi 1 minit menunjukkan sekitar majlis pernikahan yang dilaksanakan dengan penuh adat istiadat.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tunku teruja melihat video tersebut malah ada segelintir mereka yang memuji kecantikan dan ketampanan baginda berdua.

 

Terdahulu, Tunku juga sempat memuat naik gambar baginda berdua dengan kapsyen yang mencuit hati.

 

Jadi jangan ketinggalan untuk saksikan program istimewa sempena ulang tahun ke-35 perkahwinan DiRaja pada 7 Mac ini, jam 3 petang hanya di TV3!

 

Untuk makluman,  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi Sultan Johor.

Salma Syahbuddin