Categories: Trending

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini.

Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital sejak 22 Februari lalu merupakan karya Ajai dan lirik oleh Iman Imran bukan sahaja cukup menangkap halwa telinga, tetapi liriknya juga mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

“Memang rindu sebenarnya nak mengeluarkan lagu baharu setelah Young & Gentlemen keluar dua tahun yang lalu. Bila sudah ada peluang begini, sudah pasti saya gembira memandangkan ada produk baharu untuk diberikan kepada peminat.

“Lagu ini sendiri ada banyak perbezaan berbanding dengan lagu terdahulu. Genre world music dan fusion lebih menghiburkan serta dekat dengan peminat memandangkan ini merupakan asam garam rumah tangga,” kata Haiza.

Menariknya, Mantan Isterimu merupakan ditulis oleh Iman Imran berdasarkan kisah perempuan yang gila talak apabila berlakunya perceraian.

Bagi Haiza, perkara itu bukan tabu dalam kalangan masyarakat tetapi boleh berlaku.

Jika frasa gila talak disebut, masyarakat biasanya akan teringatkan lelaki memandangkan kebanyakan kes ini pernah berlaku padahal ada juga wanita tidak ‘move on’ sebaik sahaja berlakunya penceraian.

“Kita faham tak semua orang akan move on bila berlaku perpisahan. Kenapa perkara tersebut terjadi? Hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi sedangkan orang luar terus menerus membuat andaian.

“Semua kisah masyarakat yang berlaku dirumus oleh Iman Imran ke dalam lagu ini. Bagi saya ini sesuatu yang segar, lain dan dekat dengan pendengar,” katanya yang menganggap ini merupakan sebuah kritikan sosial kepada masyarakat.

Padin