Categories: Trending

Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Cukai Baharu – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang pemulihan selepas terjejas dengan Covid-19.

 

Dalam masa yang sama ini bukanlah masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang bentuk regim cukai baharu, sebaliknya fokus kerajaan kini adalah untuk menghidupkan semula ekonomi dengan memperkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA).

 

Namun, kementerian kewangan masih mengkaji semua jenis cukai untuk tingkat hasil negara.

“Kita percaya ketika ekonomi sedang di ambang pemulihan, ia bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang bentuk regim cukai baharu”

Selain itu, Kementerian Kewangan menjangkakan hasil negara akan meningkat sedikit tahun ini selaras dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sekitar 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021.

 

Sumber :BH

Salma Syahbuddin