Categories: Trending

“Biasalah, Kadang-Kadang…” – Isu Aishah ‘Terblock’ & Tak Boleh Tag Di Instagram, Ini Respons Siti Nurhaliza

Selepas isu kontroversi melibatkan penyanyi Aishah yang dikatakan tidak bertegur sapa dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ternyata menarik perhatian netizen.

 

Malah, penyanyi nombor satu negara itu tampil menjawab kenyataan mengenai isu terbabit yang mengakui tidak dapat mencari akaun instagram penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu.

 

“Biasa la…kadang-kadang kita sendiri pun tidak sengaja sekat sekat akaun instagram orang. Jadi bagi saya itu perkara biasa mungkin tak perasan, tapi yang penting kita saling menghargai”

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti ini bagaimanapun, tidak mahu memangjangkan isu terbabit memandangkan beliau sibuk dan tidak sempat untuk memegang atau memeriksa telefon bimbitnya.

 

Tokti yang kini hamil 8 bulan ditemui ketika majlis pelancaran single Medley Klasik 1 dan muzik video  yang mengandungi lagu kanak-kanak terbaharu serta produk minuman Beaukids  bertempat di Skyglass, Cyberjaya.

 

Sumber : universalmusic_my

 

Single medley klasik 1 ini mengandungi empat buah lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Bunga Matahari.

 

Terdahulu, kecoh di media sosial kononnya Aishah menyekat akaun instagram Tokti berikutan keliru dengan akaun palsu yang turut menggunakan nama Siti Nurhaliza.

 

Salma Syahbuddin