Categories: Trending

Kerana Menyanyikan Lagu Raya, Wartawan TV3 Ini Dikritik

Baru-baru ini viral di media sosial apabila wartawan TV3, Amirulhakim Lokman menyanyikan lagu raya semasa membuat standupper semasa lintas langsung dalam salah satu berita yang disiarkan di TV3. Namun, cara penyampaian yang agak bersahaja itu pada dasarnya adalah untuk menarik perhatian penonton disamping, memberikan mood raya bagi seluruh warga kota yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Saiful Nizam yang juga bekas penyampai berita di stesen penyiaran terbesar itu menganggap sikap dan cara penyampaian yang ditunjukkan semasa liputan luar itu dianggap tidak profesional dan boleh merosakkan imej seorang wartawan.

“Wartawan lokasi sekarang danboleh include nyanyian dalam stand-upper. Tak tahu nak suka ke nak pelik. Punah kredibiliti Newsroom.” Tulisnya melalui akaun instastory miliknya.

Tetapi, ini pula respon balas daripada Amirulhakim Lokman terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap penularan video tersebut.

Kecewa dengan tindakan bekas penyampai berita tersebut kerana tidak menegur tindakannya secara peribadi, Amirul menganggap tindakan tersebut seolah-olah telah membuka aib beliau. Namun, apa yang penting bagi Amirul sendiri ialah, walaupun dikutuk dan dikritik, beliau masih mendapat respon yang begitu positif daripada penonton dan netizen yang lain.

Salma Syahbuddin