Categories: Eat TravelSemarak

12 Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular Setiap Kali Hari Raya Aidilfitri

Kehadiran keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai pada musim perayaan pasti dinanti-nanti oleh anda, kan? Masa itulah anda perlu menyediakan menu yang enak serta kuih-muih yang sedap-sedap untuk meraikan kehadiran mereka. Barulah syok berhari raya!

Penulis nak tanya, adakah anda tahu jenis kuih-muih yang menjadi pilihan atau kegemaran tetamu anda? Sebenarnya, tak kiralah semaju mana negara kita ini, masyarakat kita pasti akan suka makan kuih raya tradisional yang berasal daripada generasi nenek moyang mereka lagi. 

Jom ketahui antara jenis kuih raya yang paling popular dan mesti ada dijamu setiap kali tibanya hari raya.

1. Almond London

Biskut bersalut coklat dengan inti badam.

Foto: El Mundo Eats

2. Tart Nenas

Pastri rapuh dengan jem nanas di dalamnya.

Foto: Tasty Temptations

3. Popia Simpul

Kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging.

Foto: Suara Perak

4. Cornflakes Madu

Kepingan cornflakes yang disaluti dengan madu.

Foto: Fasyshane

5. Semprit

Kuih tradisional yang menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanila

Foto: Pinterest.com

6. Sarang Semut

Kanak-kanak paling suka kuih ini kerana ia rapuh dan sedap.

Foto: Pinterest.com

7. Biskut Suji

Rasanya lemak-lemak manis dan cair di dalam mulut.

Foto; Resepi Hatiku

8. Biskut Dahlia

Sama seperti kuih semprit cuma ia diacu menjadi bentuk bunga.

Foto: Cik Matahariku

9. Kuih Ros

Rangup dan manis, ia adalah kuih paling nostalgia.

Foto: Hungrygowhere.my

10. Popia Nestum

Kulit popia yang digoreng dan kemudian disalut dengan tepung Nestum.

Foto; Kak Ina KL

11. Mazola Kacang

Rasanya lemak-lemak dengan gabungan kacang. Memang sedap!

Foto: Chef Obie

12. Biskut Mama Carie

Biskut dihasilkan dengan ramuan susu dan dikenali dengan ukiran corak yang cantik dan kreatif!

Foto: Resepiku

Sedap-sedap semua kuih raya ini, kan? Anda paling suka kuih yang mana? Penulis paling suka kuih suji. Rasanya memang sedap, satu balang saja tak cukup!

tex_admin