Categories: Trending

Kes Covid-19 meningkat mendadak Selepas Perintah Darurat Ditarik Balik

Itulah yang terjadi di Tokyo apabila sekali lagi kota metropolitan itu berada di fasa amaran tertinggi selepas merekodkan kadar jangkitan kes baharu yang begitu mendadak.

Jangkitan semakin merebak

Menurut Gabenor Tokyo Yuriko Koike, kumpulan pakar berpendapat, situasi semasa jangkitan di bandar raya itu berada di peringkat tertinggi sistem negara tersebut. Dimana, jangkitan semakin menular.

Tokyo juga sebelum ini telah merekodkan peningkatan penularan jangkitan dalam kalangan golongan muda. Terutamanya ketika berada di tempat sesak pada waktu malam.

Kes meningkat mendadak sehingga meletakkan Tokyo di tahap amaran tertinggi selepas Perdana Menteri Shinzo Abe menarik balik perintah darurat di seluruh negara pada akhir Mei lalu.

Bagaimanapun, jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas darurat ditarik balik, termasuk di Tokyo, iaitu pusat penularan wabak berkenaan yang melaporkan 243 kes baharu

Salma Syahbuddin