Categories: Trending

Selangor Kini Benarkan Jemaah Solat Jumaat Ikut Kapasiti Masjid

Berita baik!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau mengikut jumlah kapasiti sebenar ruang solat masjid dan surau dengan penjarakan sosial 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini.

Pelaksanaan berkenaan membabitkan semua masjid termasuk surau yang diberi Kebenaran Khas Solat Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Proses Pendaftaran & Penggiliran Tetap Sama

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad bagi solat Jumaat, jemaah masih perlu melalui proses pendaftaran dan penggiliran seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Manakala, bagi pelaksanaan solat lima waktu, kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah dibenarkan sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas penjarakan sosial 1.5 m dipenuhi atau diisi.

Perlanggaran terhadap ketetapan SOP yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan JAIS tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kelonggaran yang diberikan.

Apa-apa pun, stay safe ya semua!

Syafiqa Irdina