Categories: Trending

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tahniah ‘baby sayang’ Mira!

Pelakon yang popular menerusi drama rantaiannya Pujaan Hati Kanda di slot Akasia TV3 akhirnya mengesahkan dia kini sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar.

Bagaimanapun, Mira enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu bersama anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

” Status sekarang dah bertunang,” Katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis

Tamatkan zaman bujang Oktober ini

Mira tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

” Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal”

Bagaimanapun, Mira akan berkongsi kepada pihak media dan peminatnya mengenai majlis tersebut nanti.

” Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,”  Katanya.

Salma Syahbuddin