Categories: Trending

Tahniah! Dr Noor Hisham Terima Anugerah Jenama Kepimpinan 2020 BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation

Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan buat KKM dan Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia kerana mendapat pengiktirafan dunia menerusi Anugerah BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation.

Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020

Sumber : Facebook

Kewibawaan dan sifat kepimpinan Dr Noor Hisham Abdullah bersama-sama frontliners kita dalam menangani penularan wabak Covid-19 sememangnya harus dipuji dan tidak hairanlah usaha gigih ini melayakkan beliau menerima Anugerah BrandLaureateKecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020.

Manakala, KKM turut menerima Anugerah BrandLaureateSijil Pengiktirafan dan Penghargaan, atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran virus Covid-19.

Tanda dedikasi, komitmen & pengorbanan para frontliners

Sumber : Facebook

Dr Noor Hisham juga dilihat berkongsi berita gembira itu menerusi muat naik di laman Facebook nya pada Jumaat.

Beliau turut menyifatkan anugerah ini adalah hasil daripada sikap dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap petugas kesihatan sebagai barisan hadapan serta komitmen daripada pelbagai agensi yang turut menyalurkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Harus dicontohi pihak lain

Mengakui negara berdepan pelbagai cabaran dalam menangani krisis ini, namun slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain.

” Belum pernah kita melihat seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerjasama demi kesihatan awam, seterusnya menjadikan slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain

Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Dr Noor Hisham turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang fasa ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” Katanya.

Sumber : Facebook

Kedua-dua anugerah itu telah disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff.

Salma Syahbuddin