Trending By: SGMS Faida March 21, 2018 @ 5:02am

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Susulan kes mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sehingga parah, Datin Rozita Mohamad Ali, 41 diminta untuk hadir ke mahkamah hari ini.

Namun dia gagal berada di mahkamah untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Oleh demikian, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan lokasi Datin Rozita Mohamad Ali berada.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Datuk Tun Hamzah mengeluarkan perintah itu berikutan Rozita gagal hadir ke mahkamah hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding itu berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak semalam untuk menyerahkan notis untuk hadir ke mahkamah namun gagal.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan sedemikian selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Namun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain itu, lebih 50,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Rozita dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Pada 21 Disember dua tahun lalu, Suyanti ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan.

 

Sumber: Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Mar 2022
Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Featured Mon, 17 May 2021

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung. Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya,

| Live TV