Categories: FeaturedTrending

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Di Eropah, bukan Britain saja yang ada pemerintah diraja. Memanglah keluarga Ratu Elizabeth yang paling popular, tapi negara-negara lain di benua itu pun diberi perhatian juga.

Dulu pasti ramai yang tergila-gilakan Putera William dari Britain. Adiknya Putera Harry pun sama popular, tapi kini oleh kerana mereka tak lagi bujang, perhatian peminat keluarga diraja di seluruh dunia telah beralih ke putera lain pula.

Kini, paling yang disebut-sebut adalah Nikolai daripada Denmark. Dia merupakan anak sulung bagi Putera Joachim dan Alexandra, Countess of Frederiksborg; serta cucu sulung kepada Ratu Margrethe II, pemerintah negara itu. Nikolai juga adalah waris ke-7 untuk takhta diraja keluarganya.

Dia baru saja mencecah umur 19 tahun semalam, tapi jangan main-main. Dengan berbekalkan rupa yang menawan, anak muda ini telah pun meninggalkan impak hebat dalam bidang fesyen antarabangsa setelah menandatangani kontrak dengan Scoop Models di negaranya pada tahun lepas.

Februari lalu, Nikolai telah menghiasi acara runway Prorsum Autumn/Winter 2018 di London Fashion Week untuk jenama Burberry.

Foto: Catwalking/Getty Images

Pada bulan Jun, dia telah menyertai runway untuk Dior di Paris Fashion Week.

Foto: Pascal Le Segretain/Getty Images

Yang ini pula untuk Dior Homme Menswear Spring/Summer 2019 di acara yang sama.

Foto: Pascal Le Segretain/Getty Images

Handsome dan bergaya sungguh! Jom check out gambar dia yang lain.

Sempena hari jadinya yang ke-19, keluarga diraja Denmark telah mengeluarkan foto portret terbaru untuk Nikolai.

Foto: Steen Brogaard/The Royal Danish House

Gambar di bawah diambil ketika Nikolai menghadiri majlis hari jadi Putera Denmark yang ke-50 di Istana Christiansborg pada bulan Mei tahun ini di Copenhagen.

Foto: Ole Jensen/Getty Images

Ini pula acara sambutan hari jadinya sendiri yang ke-18 di kapal diraja Dannebrog pada bulan Ogos tahun lepas. Smart!

Foto: Patrick van Katwijk/Getty Images

Selepas dia tamat persekolahannya nantiNikolai diberi kebebasan untuk memilih kerjayanya sendiri. Ayahandanya Joachim juga tak mengarahkannya untuk melakukan apa-apa kerja rasmi sebagai seorang putera.

“Dia tak patut dipaksa untuk buat apa-apa. Kehidupannya mesti berjalan sepertimana yang dia sendiri telah rancang. Saya ingin tolong dan cuba untuk memberi inspirasi kepadanya, kata Joachim kepada Billed-Bladet.

Wah, syoknya!

Bonus!

Nikolai juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Felix. Baru saja berumur 15 tahun. Bila besar sikit lagi nanti mesti sama kacak.

Foto: Kongehuset.dk / Steen Brogaard

Amacam? Anda tertarik, tak?

Sumber: E! News, Daily Mail

Ad Ops