Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

Selepas bercerai, bekas anggota kumpulan Spice Girl, Mel B dilaporkan mengalami ketagihan alkohol yang memaksa dirinya untuk mendapatkan rawatan khas.

Bukan itu sahaja, Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown dikatakan mengalami tekanan sebelum ini turut berdepan dengan masalah ketagihan seks melampau.

Pengambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Ini termasuklah salah seorang sahabatnya, Rusty Updegraff, yang bersuara selepas tidak tahan dengan kerenah sahabatnya itu.

“ Mel B B sering mabuk, bahkan dia minum arak hingga enam hari dalam seminggu. Ditambah dengan masalah ketagihan seks setiap masa, Mel B pernah tidur dengan tiga lelaki dalam sehari,” katanya.

Rusty yang sudah penat untuk menasihatkan sahabatnya itu berharap agar wanita itu pulih seperti sedia kala.

“ Orang mungkin fikir ini bukan hal saya tetapi harapan sebagai seorang sahabat, saya harap dia sedar apa yang dilakukan adalah salah,” katanya.

SGMS Faida