Categories: Trending

“Kiriman Agung Selamat Dilahirkan” – Fazura & Fattah Amin Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan

Tahniah diucapkan buat pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin kerana telah selamat dikurniakan cahaya mata perempuan pada Jumaat.

Fazura turut memaklumkan bayi perempuan yang dilahirkan itu sempurna dan sihat menerusi muat naik di akaun Instagram miliknya.

Tidak memaklumkan masa kelahiran, pasangan suami isteri popular itu sebaliknya memohon sedikit masa bagi merahsiakan wajah dan nama bayi sulung mereka sesuai dengan sunnah Rasullullah S.A.W.

Ucapan terima kasih buat peminat!

Sumber : Instagram @missfazura

Fazura dan Fattah Amin juga turut merakamkan penghargaan buat semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Apapun, tahniah diucapkan buat Fazura dan Fattah Amin diatas kelahiran bayi perempuan sulung mereka.

Salma Syahbuddin