Categories: Trending

Gelombang Baharu Penularan Dijangka Akan Berlaku – KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kemungkinan gelombang baharu penularan Covid-19 akan berlaku.

Ini dapat dilihat menerusi peningkatan kes setiap hari sehingga merekodkan angka jangkitan baharu kedua tertinggi semalam.

Kita sudah ada pengalaman

Dr Noor Hisham bagaimanapun menegaskan seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk melandaikan lengkuk jangkitan. Dan, sebelum ini kita pernah melakukannya.

” Namun kali ini, kita sudah ada pengalaman,” Katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan | Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tindakan kesihatan awam telah dilaksanakan di lokasi zon merah

Tambahnya lagi, tindakan kesihatan awam sudahpun dilaksanakan di Sabah, dua minggu sebelum pengumuman mewajibkan individu pulang atau datang dari Sabah bagi menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 27 September lalu hingga 10 Oktober ini.

Malah, kerajaan Sabah telahpun mengarahkan pasar ditutup, selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuhkan kawalan sempadan di negeri berkenaan.

“Bezanya, kita tidak mengumumkan perkara itu tetapi aktiviti berkenaan sudah dilaksanakan pada peringkat bawahan”

Beliau juga sempat mengulas mengenai pertanyaan berhubung arahan awal mewajibkan ujian saringan terutamanya kepada individu yang baru pulang dari Sabah.

” Jika arahan mewajibkan ujian saringan bermula 25 September lalu, akan timbul isu pengundi tidak mahu pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini”. Jelasnya.

Salma Syahbuddin