Categories: Trending

Penampilan “Baru” Jadi Bualan Ramai, Neelofa Nafi Bercinta Dengan PU Riz

Usahawan dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor kini melebarkan sayap empayar perniagaan keluarganya dengan pelancaran butik terbaru Naelofar Hijab di One Utama.

Pelancaran butik tersebut juga diadakan bersempena koleksi terbaru Naelofar Hijab, iaitu Laila Square yang akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Oktober.

Neelofa ketika ditemui di sidang media pelancaran butiknya meluahkan rasa syukur dan menzahirkan perasaan terima kasih kepada ahli keluarganya terutama adiknya Mohd Aqief yang merupakan CEO, Naelofar Hijab atas kredibiliti dan menjadi tulang belakang kejayaan tersebut.

Enggan ulas soal cinta

Dalam pada itu, Neelofa sempat menyentuh kisah kehidupan peribadi perihal spekulasi percintaan antara dia dan PU Riz yang menjadi tular di laman sosial.

Ramai yang menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa apabila dilihat memakai baju sedondon di majlis perkahwinan adik Neelofa, Mohd Aqief.

“Saya harap orang ramai boleh menghormati keputusan saya untuk tidak berkongsi apa-apa. Cuma yang saya boleh katakan dia adalah rakan sekerja dan kenalan keluarga” ulasnya lagi.

Kredit: Naelofar

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”