Categories: Trending

Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuatkuasa 3 Oktober

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan bermula pada 3 Oktober sehingga 16 Oktober depan.

Namun, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.”

Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membuat 54,764 pemeriksaan pada Rabu bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin