2022 Tahun Penuh Erti, Hana Ismail Suntik Semangat Netizen Untuk Kekal Positif

Pengacara Hana Ismail menyuntik semangat netizen untuk kekal positif biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan pada tahun 2022.

@hanaalmauzah_Episod 3 | TERIMA KASIH KENANGAN ✨♬ original sound – Hana ismail

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Hana menjelaskan tahun 2022 memberi banyak kenangan tidak kira suka mahupun duka kepada dirinya dan semua.

“Kurang beberapa hari lagi, berakhirlah tahun 2022.

“365 hari mengajarkan diriku dan dirimu sebuah kisah duka, sedih, gembira, gelak tawa dan 1001 kenangan. Apa yang pasti, yang telah berlaku biarkan ia berlalu.

“Menjernihkan air ia perlu terus untuk mengalir. Jadikan kenangan lalu sebagai kekuatan untuk mendepani hari esok. Terima kasih untuk kenangan ini,” ujar Hana.

Menelusuri ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa sedih mereka untuk meninggalkan tahun 2022 dan berharap tahun hadapan memberi lebih banyak lagi kenangan yang penuh bermakna.

“Moga tahun 2023 menjadi tahun terbaik dari tahun sebelum ini.

“Tahun ni tahun paling sedih bagi saya, emak tersayang pergi meninggalkan kami isnin lepas.

“Ramai rupanya diuji pada tahun ini, sama juga dengan diriku. The worst year in my life, harap 2023 Allah bagi pelangi yang indah untuk kita semua,” komen netizen.

 

 

 

Halimey Zamal