Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Video yang dikongsikan oleh @cikumi77 di laman TikTok, memaparkan Irfan menunjukkan lokasi rumah Siti bagi memenuhi permintaan peminatnya.

“Mana rumah Tokti? Rumah baru Tokti dekat mana?

“Itulah tu boleh nampak, tu rumah Tokti. Saya tak perasan rupa-rupanya boleh nampak rumah Tokti. Rumah Tokti yang kat atas tu,” ucap Irfan.

Dalam pada itu, Irfan menjelaskan kepada peminatnya yang tersalah anggap lokasi sebenar keberadaan rumah pelantun lagu Cindai itu.

“Bukan yang ini, tetapi belakang tu. Yang tu haa itu rumah Tokti, haa nampak.

“Kalau anda pernah tengok saya buat content solat Jumaat di masjid, dia dekat dengan masjid tu okey,” ucapnya lagi.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet sempat berseloroh menyatakan mereka duduk di kawasan yang sama dan ada juga yang memberitahu terserempak dengan Siti di Dubai.

“Selisih dalam lif tadi Tokti duduk level 37.

“Lah patutlah Tokti ada dalam WhatsApp group kejiranan saya.

“Rumah saya situ juga tingkat bawah sikit pada Tokti, bangunan tulah, ermm,” komen netizen.

Halimey Zamal