Manis Berbusana Tradisional Di Atas Pelamin, Individu Dedah Raysha Rizrose Tunang Sabtu Lalu?

Pelakon cantik Raysha Rizrose dikhabarkan telah bertunang dengan kekasihnya, pelumba kereta Fomula 3 iaitu Nabil Jefri.

Memetik laporan BOOM!, ada individu mengirim sekeping foto pasangan tersebut yang mendakwa mereka telahpun mengikat tali pertunangan.

Namun begitu, individu tersebut tidak memberitahu tarikh majlis tetapi melihat kepada tarikh foto itu dihantar menerusi mesej langsung (DM) ia dihantar pada Sabtu lalu iaitu 24 Disember 2022.

Melihat foto tersebut, Raysha dan Nabil mengenakan busana tradisional berwarna lembut di atas pelamin sambil menunjukkan cincin di jari manis mereka.

Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian, di dapati tiada sebarang hantaran mengenai majlis pertunangan tersebut di muat naik oleh Raysha mahupun keluarganya.

Terdahulu, Raysha pernah mengakui sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak mahu terburu-buru.

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perancangan Kahwin, Impi Majlis Sederhana” – Raysha Rizrose

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari