“Apa Benda La, Orang Lain Punya Susah Nak Dapat Duit…” – Netizen Bengang Pemuda Ini Selamba Mandi Air Mineral, Rupa-Rupanya…

Baru-baru ini tular di media sosial apabila video berdurasi 50 saat yang menunjukkan seorang lelaki sedang berendam menggunakan air mineral berjenama Muarra di dalam sebuah tab mandi mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Bukan itu sahaja, perkongsian ini juga telah ditonton hampir 100,000 tontonan menerusi Twitter dan lebih 157,000 tontonan di aplikasi TikTok

 

Hasil tinjauan mendapati, ada diantara warganet yang berasa kurang senang dengan tindakan tersebut kerana menganggap mandi menggunakan air mineral adalah satu bentuk pembaziran.

 

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang mengatakan bahawa, mandi menggunakan air mineral sebenarnya mempunyai kelebihannya tersendiri.

Ini kerana, selain memiliki nilai pH (potential of hydrogen) yang baik, ia juga mampu untuk menjaga kesihatan kulit.

Memandangkan perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Pengasas Strawin Food Industries  Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri tampil memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Assalamulaikum, pagi ni dikejutkan dengan berita viral mengenai pelanggan kami yang mandi menggunakan air mineral Muarra.

“Ramai pihak yang memuji dan mengecam tindakan tersebut. Oleh itu saya sebenarnya ingin menjelaskan bahawa air Muarra yang digunakan seperti dalam video terbabit mengandungi nilai pH sebanyak 7.6 iaitu lebih alkali dan ia baik untuk kesihatan kulit.

“Muarra juga merupakan penaja rasmi bagi kelab Melaka Timur dan KLCC Football Club. Alhamdulillah, jenama Muarra telah berkembang ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

“Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra. Kita mungkin tak tahu beliau buat macam tu mungkin benefit ai mineral tu sendiri,” katanya.

Salma Syahbuddin