“Bagi Jelah Dia Title Jennie Malaysia!” – Netizen Puji Rupa Paras Qistina Raisah

Pasti ramai yang mengenali pelakon, cilik, Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri yang sudah menceburi bidang lakonan sejak dari awal usia empat tahun lagi.

Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Qistina di laman TikTok telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Keluarga Instafamous itu memakai gaun sambil menari menggunakan lagu Budu The Greatest (DJ Remix) nyanyian Dj Budu.

@qqistinaraisah♬ original sound – Moonven

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak berhenti memuji rupa parasnya itu dan turut berkata wajahnya itu masih kekal cantik dan comel dari dulu sehingga kini.

Malah, ada juga segelintir yang berkata rupa paras Qistina itu seakan-akan mirip dengan Jennie Blackpink.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 120,000 tanda suka dan 892 komen.

Dharnieya Nur Amelsa