“Beli Lemang Dari Kedai Ni Sebab..” – Niat Nak Bantu Peniaga, Wanita Ini Cerita Pengalaman Kena ‘Scam’

Baru-baru ini, seorang wanita membeli lemang di sebuah kedai yang kurang mendapat sambutan pelanggan kerana berniat ingin bantu peniaga tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik, wanita tersebut memotong lemang terbabit dan terkejut melihat isi dalam yang bukannya pulut tetapi hanya nasi putih.

“Beli lemang dari gerai ni sebab kesian tak ada orang beli langsung. Balik rumah dapat lemang macam ni.

“Kita kesian tengok peniaga dia termenung tunggu customer. Tapi bila dapat lemang macam ni aku pulak yang termenung,” ciap wanita terbabit di Twitter.

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi nasib yang sama dengan membeli lemang di kedai yang kurang mendapat sambutan berniat ingin membantu.

“Same thing. I beli lemang dekat Chow Kit sebab nk support, last sekali bukan dapat lemang tapi macam nasi impit kering.

“Alamak pernah kena macam ni juga di pasar. Kesian kat org tua tu takde yang beli. Sekali beli makanan tak sedap langsung,” luah netizen.

Nurul Hana