Watie Hanifiah Crop Gambar Shuib Di Instagram, Netizen Pura-Pura Tak Kenal & Terkejut

Tular sebuah hantaran gambar yang dikongsi oleh usahawan dan juga bakal isteri kepada Shuib, Watie Hanifiah di laman instagram miliknya.

Gambar tersebut merupakan gambar dia dan seorang lelaki yang dipercayai Shuib sendiri dan mengenakan baju raya berwarna merah sedondon.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan Watie menyunting gambar tersebut sehingga hanya menampakkan telinga lelaki yang berada disebelahnya dia ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Nasib baik dia crop, kalau tak mesti kita tak tahu yang itu Shuib.

“Cantik. Tak crop pun dah tahu dah siapa,” tulis netizen.

Namun, perkongsian tersebut juga mengundang kecaman netizen yang rata-rata ‘sakit hati’ selepas Watie memuat naik gambar tersebut.

“Acah pula nak crop. Kalau nak crop, crop betul-betul. Ini nak tunjuk tapi acah taknak tunjuk

“Apa kena lah kau crop gambar Shuib. Kalau nak crop, crop lah gambar betul-betul,” komen netizen.

Untuk rekod, Watie dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bakal mendirikan rumah tangga pada Jun ini dan Shuib sudah membawa Watie berjumpa dengan keluarganya pada hari Raya pertama yang lepas.

Izzi Farhana