“Beri Kami Cucu Atau Bayar Ganti Rugi RM2.8 Juta,” – Ibu Bapa Terdesak Mahu Cucu, Sanggup Heret Anak Menantu Ke Mahkamah

Gara-gara terlalu mahukan cucu, sepasang ibu bapa di New Delhi, India memfailkan tuntutan mahkamah terhadap anak dan menantu kerana gagal melahirkan zuriat setelah enam tahun berkahwin.

Pasangan itu, Sanjeev, 61, dan Sandhana Prasad, 57, memberitahu akan menyaman satu-satunya anak lelaki mereka.

Hal ini demikian kerana mereka mendedahkan telah banyak menghabiskan wang simpanan sekitar RM350,000 untuk merealisasikan majlis perkahwinan anaknya di sebuah hotel lima bintang serta menggunakan kereta mewah.

Prasad berkata mereka j telah banyak menghabiskan duit buat anak lelakinya termasuk menghantar dia belajar kos penerbangan untuk menjadi juruterbang pada tahun 2006 sehingga berjaya.

Selain itu, mereka turut menaja sepenuhnya bulan madu anak dan menantu mereka.

Justeru itu, pasangan ini memberi tempoh selama setahun untuk anak dan menantu  memberikan cucu, jika tidak mampu mereka akan menuntut ganti rugi dengan menyaman berjumlah RM2.8 juta.

“Mereka telah berkahwin selama enam tahun namun belum juga memberikan kami cucu. Jika ada cucu, hidup kami akan lebih bermakna.

“Dari segi mental juga kami agak terganggu kerana kami tinggal bersendirian.

“Kami juga terpaksa membuat pinjaman untuk membina rumah kami dan kini kami melalui banyak kesulitan kewangan.” kata Prasad.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Utusan Malaysia

Aqilah Paharuzi