Cikgu Bengang Sikap Penghuni Buang Barang Dari Atas Flat – “Mi Segera, Kuah Mi Kari, K*ndom Siap Lend*r Lagi!”

Seorang guru tadika bengang selepas mendapati sisa mi segera dicampak oleh penghuni flat dari atas sehingga mengotorkan bahagian bumbung dan hadapan keretanya.

Menerusi temu bualnya bersama mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Nina berkata, kejadian disedari ketika dia ingin keluar bekerja pada waktu pagi.

“Saya menyedari kejadian itu sekitar jam 7.30 pagi ketika ingin keluar bekerja. Dari jauh saya tengok macam ada benda lain je kereta saya. Sampai dekat, nampak sisa mi segera bersepah di bonet depan dan bumbung.

“Pagi-pagi lagi dah buat ‘mood swing’. Sudahlah saya cuci kereta sehari sebelumnya siap polish lagi. Dua jam saya tunggu kereta siap, tapi terkena sisa makanan pula. Tambah saya marah.

“Ambil masa 15 minit juga untuk bersihkan sisa mi segera sebab ada yang terselit di celah bonet. Masih boleh hidup kuah kari mi segera sebab ada tompokan kuah. Satu hari saya sakit hati,” katanya yang juga seorang guru tadika di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Nina berkata, kotak parkir keretanya bukan terletak di bahagian bawah dapur penghuni flat, sebaliknya terletak di bahagian koridor.

“Kalau dekat dapur, memang kemungkinan besar orang akan campak makanan, tapi ni bawah koridor. Mungkin tak habis makan, terus campak.

“Sepanjang dua tahun menetap di flat ini, inilah kali pertama kereta saya terkena dengan teruk. Selama ini ada juga kesan ludah tapi saya masih boleh sabar.

“Walaupun saya dan jiran-jiran lain ada buat laporan kepada pihak pengurusan, tapi tetap tiada tindakan diambil.

“Ada juga kes motor rosak tapi tiada tindakan diambil kerana tiada CCTV. Hanya boleh mengadu dalam group WhatsApp penduduk. Sakit juga hati sebab kita bayar parking.

“Ada juga jiran bagitahu, dia lebih teruk kerana keretanya kena kondom, siap lendir lagi. Tak bertamadun betul,” katanya.

Selepas kejadian itu, Nina sanggup meletakkan keretanya di bahagian luar walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit.

Tujuan Nina memuat naik video tersebut di TikTok adalah supaya orang ramai terutamanya penghuni flat atau pangsapuri mempunyai sikap bertanggungjawab serta adab berjiran.

@nina_kechiik

memang ak tak dapat terima !!!! Dasar tak ada otak !!

♬ bunyi asal – Nina_kechiik🌹 – Nina_kechiik🌹

 

Sumber: mStar

Marcella