“Bukan Nak Back Up, Tapi Memang Tak Sia-Sia Nyanyi Nasyid Dulu” – Trending No.1, Netizen Mohon Single ‘Hujan’ Iqbal Zulkefli Jadi OST Drama

Selepas ditimpa dengan pelbagai kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli kini boleh menarik nafas lega apabila single terbaharunya yang berjudul Hujan kini trending nombor satu di laman Youtube.

Dengan tontonan yang kini mencecah lebih 454,000 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin, maka tidak hairanlah jika ramai netizen yang tertarik dan memuji lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir netizen yang menyifatkan bahawa nyanyian beliau lebih baik jika dibandingkan dengan nyanyian dari usahawan kosmetik lain seperti, Datuk Aliff Syukri, Sajat mahupun Datuk Seri Vida (DSV).

“Bukan nak backup si kereta kebal kalis makian ni, tapi biasanya karya floor88 tak mengecewakan…”

Selain itu, lagu ciptaan komposer Oja dan Zai Hamzah serta liriknya yang ditulis oleh Iqbal Zulkefli, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi ini turut dipuji netizen kerana ia berkisarkan tentang perjalanan dan kisah hidup Iqbal selama ini.

Malah, netizen juga berharap agar single Iqbal ini dijadikan sebagai lagu runut bunyi bagi drama terbitan TV3 selepas ini.

 

Salma Syahbuddin