“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan.

Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya itu tanpa sebarang solekan.

“Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia selalu bersolek dengan tebal sebelum kami berkahwin.

“Dia tidak kelihatan cantik tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.

Tambahnya, dia mengenali wanita itu menerusi laman sosial Facebook di mana isterinya itu sering memuat naik gambarnya yang cantik disolek.

Selepas beberapa kali dia bertemu dengan wanita itu, lelaki tersebut membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

“Tetapi selepas berkahwin, barulah saya dapat melihat wajah sebenarnya tanpa solekan.

“Saya terkejut kerana dia kelihatan berbeza dengan wanita yang saya temui beberapa kali sebelum berkahwin.

“Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki itu.

 

Sumber: Gulf News

Kredit Foto: Unsplash

Marcella