“Duit Tak Berkat? Kau Jangan Ambil Kerja Tuhan!”- Kak KM Bengang, Siap Beri Amaran Buat Pendakwah Ini

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM dikatakan bengang apabila namanya dipetik oleh seorang pendakwah selebriti yang mempertikaikan caranya berniaga.

Memetik laporan Mstar, Kak KM sempat memberi amaran kepada pendakwah tersebut agar tidak mengambil alih kerja Tuhan sehingga memalukan dirinya.

“Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat?

“Kau jangan ambil kerja Tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar… Aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!” katanya.

Selain itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini turut menjelaskan bahawa dia sedia menerima teguran tetapi biarlah dilakukan dengan cara yang baik dan melalui saluran yang betul dan bukannya dengan cara yang biadap.

“Kak KM ni orang biasa.. Kita boleh terima teguran ke, nasihat. Tapi bukanlah kau nasihat aku, aku nak terus pakai pakai tudung, sorry beb! Melainkan kita tersedar, dapat hidayah. 

“Lagipun tengok cara tegur. Kalau kurang ajar macam tadi tu (pendakwah), kau jumpa depan-depan aku pun.. aku takkan hormat kau.

“Kak KM tak kisah pun apa orang nak fikir, dah lali selama enam tahun berniaga. Aku tak pernah peduli apa orang nak cakap, kita tahu apa kita buat. Kak KM dibesarkan dengan ilmu, kita tahu semua.. mengaji, solat, sekolah agama,” jelasnya.

“Bila dia sentap, maknanya masih ada iman dalam diri…”

Menerusi pemerhatian Xtra, PU Syed, telah memuat naik hantaran di Instagram miliknya, terhadap respon balas yang dikeluarkan oleh Kak KM.

 

“Bila dia sentap dengan teguran ambe, itu tanda masih ada iman dalam diri. Berubahlah! Kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita. Sekejap je Allah boleh tarik.

“Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan yang patuh syariah maka, rezeki mereka akan berkat. Tetapi jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezekimu, sekalipun banyak,” tulisnya.

Salma Syahbuddin