Gara-Gara Lama Sangat PdPR… Gelagat Tegas Tapi Comel Cikgu Potong Rambut Panjang Warna Merah Murid Raih 3.2 Juta Tontonan

Pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh lama memberi kesan terhadap prestasi pelajar.

Malah, apabila pelajar sudah terbiasa dengan keadaan belajar dari rumah, meraka akan mula tidak mematuhi peraturan sekolah.

@lockymy

apa pendapat anda:) #fyp #fypシ

♬ suara asli – iky乂story📍 – iky乂story📍

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @naufalhere, seorang pelajar lelaki yang merakam dirinya sedang menerima bebelan seorang guru.

Guru wanita tersebut sedang memotong rambut pelajar lelaki yang panjang dan berwarna merah.

“Aku rampas handphone kau kang. Tengok semua rambut merah, tiada sikit pun warna hitam,” kata guru itu dalam video.

Ramai yang menyifatkan tindakan guru itu tegas tetapi comel apabila dia berhenti seketika daripada membebel dan tersenyum apabila kamera sedang merakam dirinya.

“Cikgu, panjangnya cikgu potong,” kata pelajar itu.

Ada juga yang terhibur dengan gelagat pelajar itu kerana guru tersebut memotong rambutnya dengan panjang.

“Sporting cikgu dia”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan guru itu tetap ‘sporting’ walaupun sedang marah kerana masih boleh tersenyum dan membenarkan pelajar itu merakam.

Perkongsian video itu telah mendapat lebih 3.2 juta tontonan dan 369,300 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

Marcella